Hikayat Satria-Satria Sejati: Badai Perjuangan (#3) ππͺ
Di pertarungan antara Ariki, sahabat-sahabatnya, kerajaan Mastazadi dengan kerajaan Mukan'Aja, di Hutan Maut, Mikail tidak semena-mena telah 'membelot' sahabatnya yang lain, dengan menyertai konco Tanah Suci yang merupakan rakan komplot kerajaan Mukan'Aja. Disebabkan 'pembelotan' tersebut, Ariki telah cedera parah. Namun begitu, dengan unsur elektrik Runihara, Ariki berjaya dibangunkan dan dia telah menunjukkan keupayaan sebenar dia yang mampu mengawal 5 unsur dan menjadikan dia the real Raja Yang Sebenar. Susulan penggunaan kuasa dia yang hebat secara mendadak, tentera Mukan'aja telah tewas dan Ariki pun jatuh koma. Peperangan tersebut juga telah menyebabkan Ibu Umeira dan Shankara syahid πDi buku ni juga, dapat tahu, sebenarnya ayah kandung Ariki masih lagi hidup, dan dia merupakan ketua Satria-Satria Sejati, iaitu Tuah Awaras.
Ok, di buku ke-3 ni, adalah cerita selepas 6 bulan peperangan tersebut terjadi dan Ariki pun baru saja bangun daripada koma. Namun, kecederaan parah yang dialami Ariki telah menyebabkan semua tenaga unsur dia telah hilang. Tetapi, Ariki being Ariki. Kekurangan tersebut bukan penghalang untuk dia terus berjuang dan terus berlatih di bawah Maharaja Arata, supaya dia dapat meneruskan misi yang ditugaskan oleh Maharaja Arata untuk pergi ke Uluwalu, bersama-sama Aifer, Yusuf, Ishmakil dan Gidaya, bagi tujuan keamanan dan mengajak Uluwalu untuk berjuang bersama Mastazadi.
Tetapi, Uluwalu lebih tertarik untuk berkerjasama dengan Maharaja Latello π‘ dan sanggup menjadi 'balaci' Lotella bagi mencipta teknologi yang boleh memberikan kuasa dan kelebihan kepada Maharaja Latello. To make it more successful and powerful, they decided untuk 'mengambil' semula bahan experiment mereka yang pernah berjaya sebelum ni, iaitu Yusuf. Di buku, semua misteri berkenaan Yusuf akan terungkai satu persatu. Jeng jeng jeng.... π
In the same time, Runihara dan Jilani, telah mengambil keputusan untuk pergi ke Tanah Suci untuk berjumpa dengan Mikail bagi mendapatkan penjelasan mengenai 'pembelotan' yang dilakukan oleh Mikail. Pengembaraan tersebut berjaya merungkai latar belakang sebenar Mikail yang merupakan pewaris sah Tanah Suci, kenapa Mikail sanggup membelot dan apakah aktiviti-aktiviti kotor Tanah Suci sepanjang pemerintahan Habib Jama'a (pemangku Sultan Tanah Suci) yang sanggup bersekongkol dengan kerajaan Mukan'Aja untuk kepentingan diri sendiri . Mikail sudah mempunyai rencana untuk mendedahkan rupa sebenar Habib Jama'a, tapi dia sendiri dibelot oleh Jeneral Jibril, yang juga merupakan pembunuh ibu dan ayahnya.
Di Uluwalu, pertarungan hebat berlaku lagi antara rombongan daripada Mastazadi dan Maharaja Latello serta Wirawan Mukan'Aja. Eh, kenapa dekat Uluwalu tiber pulak ada Latello π€ Haaaa, kena bacalah gitu, as usual. Hahahahahah π
Walaupun kompleks dan join penat sekali sebab ujian tak berhenti-henti diturunkan kepada Ariki dan lain-lain, saya still rasa it deserves π«5/5π« dan buat saya nak cepat-cepat baca buku yang seterusnya. Hope, their condition getting better and nampak sinar kejayaan untuk mengalahkan Latello dan konco-konconya π
Bukankah usaha yang bersungguh-sungguh, turut pula diiringi tawakal?
Comments
Post a Comment