Hikayat Satria-Satria Sejati: Samudera Pengorbanan (#4) 𐃉πŸ’ͺ

 


Assalamualaikum & Hi readers,

Ok, kita dah masuk buku ke-4 dalam series Hikayat Satria-Satria Sejati ni. Kita flashback sikit buku ke-3 (❗Awas, ada spoiler❗). Tp kalau nk baca review ringkas without spoiler, boleh baca di review saya sebelum ni: https://bookreviewbyhuda.blogspot.com/2025/07/hikayat-satria-satria-sejati-badai.html) .

Di buku ke-3, Ariki, Aifer, Ashwadi, Ishmakil dan Gidaya telah pergi ke Uluwalu atas utusan Maharaja Arata untuk mencari jalan pendamaian dan membawa balik semula Yusuf yang telah diculik oleh tentera Uluwalu. Usaha pendamaian tak berjalan dengan baik, di mana Ishmakil dan Gidaya telah dijadikan tawanan, tetapi Yusuf berjaya diselamatkan. Mereka juga telah menghadapi pertempuran yang hebat dengan Maharaja Lotello, Elyun, Lunayana dan Kastur yang mampu mengawal lima unsur, hasil experiment yang dilakukan oleh Radion. Manakala di Tanah Suci, Mikail, Runihara dan Jilani masih lagi cuba melondehkan perangai sebenar Habib Jama'a tetapi terpaksa menghadapi pertempuran dengan Lakshmana yang sanggup mencemarkan Tanah Suci. Namun, pertempuran ni telah berjaya membangkitkan tentangan terhadap Habib Jama'a dan membuka mata mereka semua terhadap ajaran Islam yang sebenar. Mikail dan rakan-rakan telah dibawa ke Madinah atas arahan Ruh al-Akbar, untuk merancang strategi mereka yang seterusnya. 

Di buku ke-4, susulan kepulangan Ariki dan rakan-rakannya ke Mastazadi, Lotello terus melancarkan peperangan ke arah Mastazadi sedikit demi sedikit, demi melemahkan tentera Mastazadi yang tidak sebanyak tentera Kerajaan Mukan'Aja hasil gabungan tentera Uluwalu dan Tanah Suci. Mereka juga mengambil masa sementara pintu portal berjaya dibina oleh Radion serta saintis-saintis Uluwalu, untuk teleport Lotello dan konco-konconya ke Mastazadi dan menunjukkan lawan yang sebenar bagi Maharaja Arata serta jeneral-jeneralnya. Ariki, Aifer dan Yusuf pulak, telah diarahkan untuk tidak menyertai peperangan tersebut untuk latihan intensif mengawal lima unsur dengan lebih baik bersama Mahaguru-mahaguru Maharaja Arata . 

Manakala, persembunyian Mikail, Runihara dan Jilani di Madinah, telah diketahui oleh Habib Jama'a dan berlakulah pertembungan antara Mikail dan rakan-rakan dengan askar-askar daripada Tanah Suci. Usaha Mikail dan Ruh al-Akbar untuk merevealkan perangai sebenar Habib Jama'a berjalan lancar, berkat kesabaran dan pengorbanan Mikail yang tidak mahu lagi melihat rakyatnya lebih ramai lagi mati. Alhamdulillah πŸ‘ 

Bagi saya, penangkapan Habib Jama'a adalah satu-satunya scene yang happy dalam buku ni. Sebabnya, buku ni merupakan buku yang tersedih kalau nak dibandingkan dengan buku 1-3. 

Maharaja Arata telah menjadi watak utama dalam buku ni. Walaupun masih lagi muda dan masih lagi baru menganut Islam, namun, dia sentiasa tenang, berfikiran panjang dan mempunyai penghayatan yang mendalam dalam Islam. Sedih sangat bila scene dia syahid di tangan Latello 😭

Buku ni sedih sebab terlalu ramai yang syahid. Antaranya Gidaya, Permaisuri Afeifa, Maharaja Arata, Ibu dan Bapa angkat Ashawadi. Sedih 😭Ariki pulak, sentiasa diselubungi perasaan serba salah. Kalau bukan kerana dia, semua orang-orang ni takkan terkorban. Huhuhu 😒

Perjalanan mereka serious panjang. Dah masuk buku ke-4 pun, peperangan still tak habis-habis . Gue pulak yang capekπŸ˜“ Harapnye buku ke-5 (buku terakhir 😱) mampu memberikan pengakhiran yang terbaik untuk perjuangan Ariki dan rakan-rakan 🀞

Ok, see you again on next review ✌

Sungguh ajaib dalam urusan orang beriman. Sekiranya dia diberi anugerah, dia bersyukur, maka anugerah itu menjadi baik baginya. Dan sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia bersabar. Maka kesusahan itu menjadi baik baginya.


Comments

Popular posts from this blog

As Long As the Lemon Trees Grow πŸ‹πŸŒ³

Rahsia Danny πŸ‘¨πŸ’­

Bayang Sofea πŸ‘§πŸ§