Posts

Showing posts with the label Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan (#2) 𐃉💪

Image
Assalamualaikum & Hi readers, Kali ni saya akan review buku kedua dalam siri Hikayat Satria-Satria Sejati daripada Hilal Asyraf iaitu Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan. Siapa yang tak baca lagi review saya untuk buku pertama, boleh baca di sini: https://bookreviewbyhuda.blogspot.com/2025/07/hikayat-satria-satria-sejati-generasi.html 😉 Buku kedua ni bermula dengan penceritaan 6 bulan selepas Ariki dan sahabat-sahabatnya, Aifer, Jilani, Ruhaini, Mikail dan Yusuf serta Ibu Umeira, berjaya menghadapi pertempuran hebat di Wagangada. Mereka, tidak termasuk Ibu Umeira, telah meneruskan ke Mastazadi dengan tujuan untuk mencari Ishmakil dan Ryuken (antara ahli Satria Sejati yang telah kecewa selepas peristiwa 25 tahun lalu). Sepatutnya, selepas pertempuran 6 bulan lalu, Ariki dan yang lain serta Ishmakil, telah berjanji untuk bertemu semula di Hutan Maut, selepas masing-masing menyelesaikan misi masing-masing - Ariki dan sahabat-sahabatnya, menyelamatkan Ibu Umeira di Wagangada...