Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan (#2) ππͺ
Assalamualaikum & Hi readers,
Kali ni saya akan review buku kedua dalam siri Hikayat Satria-Satria Sejati daripada Hilal Asyraf iaitu Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan. Siapa yang tak baca lagi review saya untuk buku pertama, boleh baca di sini: https://bookreviewbyhuda.blogspot.com/2025/07/hikayat-satria-satria-sejati-generasi.html π
Buku kedua ni bermula dengan penceritaan 6 bulan selepas Ariki dan sahabat-sahabatnya, Aifer, Jilani, Ruhaini, Mikail dan Yusuf serta Ibu Umeira, berjaya menghadapi pertempuran hebat di Wagangada. Mereka, tidak termasuk Ibu Umeira, telah meneruskan ke Mastazadi dengan tujuan untuk mencari Ishmakil dan Ryuken (antara ahli Satria Sejati yang telah kecewa selepas peristiwa 25 tahun lalu). Sepatutnya, selepas pertempuran 6 bulan lalu, Ariki dan yang lain serta Ishmakil, telah berjanji untuk bertemu semula di Hutan Maut, selepas masing-masing menyelesaikan misi masing-masing - Ariki dan sahabat-sahabatnya, menyelamatkan Ibu Umeira di Wagangada, manakala Ishmakil cuba untuk memujuk Ryuken yang menetap di Mastazadi. Tapi, sampai kesudah, Ishmakil tak balik-balik ke Hutan Maut and Ariki decide untuk start this adventure to Mitazaki. In the first book, sebenarnya dah reveal pun, yang Ishmakil dah ditangkap oleh Ryuken, and his captured memang dijadikan 'umpan' supaya Ariki datang ke Mitazaki. (Alamak, spoiler pulak daripada buku first π
).
Sampai je di Mastazadi, Ariki and the geng, telah dibawa menghadap Maharaja Arata which is pemimpin untuk Mastazadi. Mereka telah diberikan ujian untuk sampai di puncak pergunungan Hutan Lagenda di Mastazadi dalam masa 7 hari, sebagai syarat untuk membebaskan Ishmakil. But, kecil-kecil cili padi Arata ni, dia dah ada plan untuk menggunakan Ariki untuk menjatuhkan Maharaja Latello. Tapiiii, agak2 berjaya tak Ariki and the geng, bebaskan Ishmakil? Anddd, adakah plan Arata untuk menggunakan Ariki pun berjaya? As usual, please baca ea. Saya tak nak spoiler, kang jadi panjang pulak entry ni π
In another part of the world, Latello dan Laskhmana pulak tengah busy bergegas ke Masjidi Al-Aqsa, untuk melawan pemberontak yang diketuai oleh Shankara dan Mordekai (these two adalah satria-satria sejati generasi terdahulu), yang gigih pertahankan tempat suci tu daripada terus di tawan and untuk menghalang Latello daripada terus mengorek tanah di bawah Masjid tersebut, untuk mendapatkan hasil tenaga yang luar biasa supaya auranya sentiasa kuat. Berjaya tak Shankara dan Mordekai pertahankan pertahanan mereka? Misi Latello nak monopolize tenaga di bawah tanah tu berjaya tak? Cerita pertarungan ni, macam selingan je di buku ni, untuk bawa kita ke pertarungan yang lebih besar. Tapi nak tahu pertarungan apa, kenalah baca buku ni sampai habis π
Bagi saya, buku kedua ni lebih best daripada buku first πPlot twist dia sangat-sangat menarik ea, dan development story yang sangat unpredictable. Hilal Asyraf is really genius and kreatif untuk buat plot twist yang tak buat kita sakit kepala or buat kita kerut-kerut kepala, but it works. It suprised me! As usual, epilog dia tak kurang hebat. Pandai nak pancing kita sambung baca buku ke-3 pulak π Hahaha.
Development character Ariki pun saya love sangat π How Islam can change him to become a matured leader and keputusan yang dia buat tu pulak memang bijak, out of the box and benefits to everyone. I loooveeee π
Aksi-aksi di buku kedua ni tak kurang hebatnya dan tak terjangkau dek fikiran. Wuuu, saya suka ea dengan 'suprise' action Ariki dalam pertempuran di Hutan Maut. Terus terbayang scene cerita X-Men. Hahahaha. Over takk π
Easy π«5/5π«from me, and this second book is officially my favorite book in this series (at the moment ea, sebab sy tak baca lagi next book). Ok, we will see buku ketiga macam mana. Either, Hilal Asyraf still continue the momentum or ada suprise yang menanti.
Ok, see you again ✌
Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan (Surah Al-Insyirah: Ayat 5–6)
Comments
Post a Comment