Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru (#1) ππͺ
Assalamualaikum & Hi readers,
Kali ni saya akan review buku fiksyen yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Sejujurnya saya baru tahu pada tahun lepas yang Hilal Asyraf pun ada tulis buku fiksyen jugak, sebab selama ni saya kenal dia pun sebab pernah baca buku non-fiksyen dia, Sebelum Aku Bernikah. Daaaaan, sejujurnya saya tak mempunyai expectation yang tinggi pun for this book, sebab this is his first fiction book I ever read. But suprisingly, buku ni sangat-sangat tidak mengecewakan dan melebihi my expectation πTak menyesal ea saya beli series Hikayat Satria-Satria Sejati ni sampai 5 buku π
Hikayat Satria-Satria Sejati Generasi Baru ni is the first book from the Hikayat Satria-Satria Sejati series. Buku ni mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Ariki yang merupakan anak angkat kepada Maharaja Latello yang merupakan pemimpin Kerajaan Mukan'aja, yang merupakan kerajaan yang terkuat tetapi zalim di alam semesta pada waktu tu. Ala-ala macam zaman Firaun gittew.
Ariki telah melarikan diri daripada istana selepas terbunuh seorang Wirawan dengan menggunakan unsur luar biasa (yang dia tiba-tiba dapat) semasa dia mencuba untuk membela pekerja yang sedang dizalimi. Dengan ter-revealnya unsur dan kuasa luar biasa Ariki tu, Maharaja Latello, berasa terancam dengan anak angkatnya tu, kerana teringat akan ramalan, akan ada kuasa yang bakal menggugat kedudukannya. From that, Ariki officially digelar as penderhaka and terus diburu untuk ditangkap.
In the same time, Ariki yang sedang melarikan diri telah terserempak dengan Aifer. Susulan perkenalan mereka, Ariki telah dijadikan pekerja ayah Aifer, iaitu Kabeer. Kabeer juga telah melatih Ariki seni mempertahankan diri, how to manage their unsur (unsur ni lebih kurang macam super powerlah, and how they get it, and unsur apa je yang ada, you guys need to read this π) dan mendedahkan dia sedikit sebanyak mengenai cara hidup berlandaskan Islam. Melalui perkenalan dengan Kabeer juga, Ariki telah mengetahui bahawa Kabeer merupakan orang kedua terpenting di dalam kumpulan Satria-Satria Sejati, yang merupakan kumpulan lagenda yang mencuba melawan Maharaja Latello di Pertempuran Agung 25 tahun yang lalu. Alangkah malangnya, tempat persembunyian mereka diketahui oleh Lakshamana dan Kabeer telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Namun, Ariki dan Aifer berjaya menyelamatkan diri.
Pelarian Ariki dan Aifer telah mempertemukan mereka dengan 'ahli baru' ataupun 'generasi baru' Satria-Satria Sejati, perjumpaan dengan ahli-ahli vateran Satria-Satria Sejati, belajar mengenai Islam dengan lebih mendalam dan menghadapi pertempuran yang hebat dengan orang-orang yang hebat walaupun mereka masih muda. Nak tahu lebih apa yang terjadi semasa pengembaraan Ariki dan Aifer kenalah baca buku ni π
Buku ni best dan saya bagi π«5/5π«, walaupun nama-nama di buku ni sangatlah susah nak ingat, I give it a go laah, sebabnya, as I read along the book, I already familiarize with the name π.
Pandai Hilal Asyraf adapt kisah-kisah Nabi dengan watak-watak di dalam buku ni. Bagi saya, kisah Ariki ni lebih dekat dengan kisah Nabi Musa. Ada juga watak yang dikaitkan dengan Nabi Yunus dan Nabi Yusuf. Sangat kreatif dan buat kita boleh relate juga dengan kesusahan yang dialami oleh Nabi-Nabi kita π
Buku ni memang sarat dengan actions ea, and agak sukar jugak untuk saya imagine scene setiap action, sebabnye mungkin saya ni bukan imaginative person π . But the actions are very very good eaaa.
Daaaan, yang paling best, walaupun buku ni fiksyen, tapi cerita tak pernah lepas daripada mengingati Allah. Buat kita akan sentiasa teringat yang Allah is the Almighty. Without Him we are nothing and His Mercy and Rahmat is everything. And as reminder to us, yang mengharapkan sesuatu kepada Allah tidak salah, sebab hanya Allah untuk kita bergantung π
Saya tak sabar nak baca buku kedua, to know the development of every character and apa lagi rahsia plot twist yang akan didedahkan.
Ok, see you again ✌
Tiada yang malang dengan aturan Allah SWT. Semuanya ada hikmahNya. Kita hanya perlu percaya dan bersangka baik
Comments
Post a Comment