Empayar (Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis) ⚔


Assalamualaikum & Hi readers,

For this part, I will review a bit on the second book for the Empayar Series, which is Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis. Siapa yang belum baca my review on the first book, can go to this link: https://shorturl.at/kXQ6l πŸ˜‰

Ok, let's we proceed with this book! πŸ‘

Penceritaan buku ni bermula dengan pengenalan Orang Laut yang merupakan pecahan kecil daripada Kaum Bugis. Selain dipanggil Orang Laut, mereka juga famous dengan gelaran 'lanun', mengikut hikayat turun-temurunlah. But, the real identity of Orang Laut and kaitan mereka dengan Kesultanan Aradhanaputra or salah seorang penuntut Madrasah Taming Sari will be reveal further in this book, jeng, jeng, jeng... 😝 

Drama di Madrasah Taming Sari masih lagi diteruskan, rentetan daripada buku pertama (yang tahu je tahu), di mana identiti sebenar Pelatih 8492 telah diketahui oleh sahabatnya,  Pelatih 6480, sehingga membuatkan Pelatih 8492 melarikan diri daripada masih kekal di madrasah tersebut. Sejurus kejadian tu, madrasah ditawan pulak oleh sekumpulan pentaksub agama iaitu Jemaah Ar-Rayatusuwd yang diketuai oleh Abu Aswad dengan tujuan untuk mentadbir Kepulauan Melayu di kemudian hari, dengan menggunakan pelatih-pelatih di madrasah tersebut as pengikut mereka yang bakal mereka brainwash nanti. 

Jemaah ni banyak menyebarkan fitnah yang memburukkan kepimpinan semasa - kesultanan mengamalkan kuasa ilmu hitam dan berlaku syirik, tidak mengamalkan Islam secara total,  menggalakkan maksiat berlaku dengan merujuk kepada kegiatan yang berlaku di Pulau Singa dan etc. Kalau nak digambarkan personaliti Abu Aswad  dan pengikut jemaah ni, dia macam watak Walid dan pengikut-pengikut Walid di drama Bidaah yang sangat-sangat famous awal tahun ini. Syukur jugak Teme tak cerita detail perangai jijik Abu Aswad dalam buku ini. Tapi seriously sangat meluat πŸ˜–


Disebabkan hero bagi buku pertama, Pelatih 8492, tiada lagi di madrasah tersebut, di buku kedua ni, Teme mengetengahkan Pelatih 6480 sebagai hero, atas didikan dan tauladan yang diberikan oleh Pelatih 8492. Pelatih 1636, as usual become the antagonist dan cuba mendapat tempat di Jemaah Ar-Rayatusuwd pulak dengan menggunakan his fake title as Putera Aradhana Sastra. Disebabkan mereka ditawan, Pelatih 8492 dan A-kaf 3808, mengambil inisiatif untuk mencari pertolongan di luar madrasah. Di sinilah pelbagai plot twist berlaku - orang yang disangka pembelot rupanya tidak, orang yang disangka telah berubah rupanya masih sama, kaum yang disangka lanun rupa-rupanyaa ....... 

Jadi, bacalah buku ni untuk tahu plot twist yang dijangka-jangka tu. Hahahaha.

Bagi saya, walaupun hero di buku kedua ni telah berubah, but, this book easily got πŸ’« 5/5 πŸ’« from me, walaupun 'sakit kepala' baca buku ni (sakit kepala in a good way, terlalu menghayati) πŸ˜‚. 

  1. For me, Teme berani change the main characters and simpan the real main characters later. 
  2. In the same time, Teme juga berani mengangkat isu menunggang agama oleh certains jemaah yang sebenarnya berlaku in the real life. It makes me ponder, yang we as someone yang tidak terlalu celik agama ni, kena pandai dan berhati-hati dalam memilih guru. We have to be cautious and don't be to naive. Yes, I know, semua guru-guru, penceramah-penceramah, pengisiannya kedengaran semuanya baik-baik sahaja, tapi apa yang dalam buku ni cakap, biarlah iman di dalam hati kita yang menilai. InsyaAllah. 
  3. Pengenalan character baru yang bagi saya relevant with the story development and bukan buat saya questions apa functions character ni ek. I really love Daeng Anding character - full with leadership, tenang and not emotional πŸ’•. Walaupun dia boleh je nak ceramah adik dia dengan bebelan, but he took the soft approach and it works meh.
  4. I love the ending and I do hope it will be explained more in the book.

So... you guys really need to read this!

Ok, see you guys again on the next part ✌

Allah menciptakan pelbagai kaum di muka bumi ini untuk saling berkenalan dan mengambil pengajaran. Bukan untuk bergabung menjadi satu bangsa

Comments

Popular posts from this blog

Long Gone 🩸

Nearness to You – Heartfelt Conversations of a Traveller’s Journey to Allah πŸ’

Sekufu