Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Pejuang (Final) 𐃉πŸ’ͺ

 



Assalamualaikum & Hi readers,

Alhamdulillah, finally kita dah sampai ke buku terakhir dalam series Hikayat Satria-Satria Sejati ni 😌 Siapa yang belum baca review saya untuk buku ke-4, boleh baca di sini: https://bookreviewbyhuda.blogspot.com/2025/07/hikayat-satria-satria-sejati-samudera.html

Di buku ke-4, setelah kerajaan Mastazadi telah berjaya dihancurkan dan dikalahkan oleh Lutello dan konco-konconya, Lutello telah pulang ke Mukan'Aja dengan penuh keserabutan (sebab pelik orang-orang yang dia bunuh semuanya pergi dengan tenang and no regret) dan Radion pulang ke Uluwalu untuk teruskan experiment dia yang bukan-bukan kepada Lakshamana yang gila kuasa. Di peperangan tersebut, terlalu ramai nyawa yang telah syahid, termasuklah Maharaja Arata 😭Manakala Ariki dan lain-lain, serta rakyat-rakyat Mastazadi yang telah terselamat, berundur ke Bustanati sebagai benteng terakhir pertahanan mereka.

Di buku terakhir ni, rahsia asal-usul Ariki yang merupakan anak luar Tuah Awaras dan Permaisuri Afiefa akhirnya terungkai. Agak berat jugak Ariki untuk terima hakikat tu and sebenarnya saya as reader pun rasa mcm hmmm hmmm (speechless) jugak dengan alasan Tuah Awaras tu. Tapi, Ariki is being Ariki, memang baik orangnya, nasib baik dia ok je dengan cerita Tuah Awaras. Tu pun saya rasa demi kebaikan dia untuk memahiri Seni Tempur Maharaja dengan hati yang tenang.

Mikail, Ruhaini, Jilani dan beberapa askar daripada Tanah Suci serta Madinah, bergerak ke Bustanati demi bergabung dengan Ariki dan lain-lain untuk menghadapi musuh mereka.

Walaupun Bustanati tengah dalam keadaan tegang untuk menghadapi musuh luar, diorang tiba-tiba dikecohkan dengan pengkhianatan daripada dalam dengan berlakunya pembunuhan dua orang daripada Wira-Wira Bustanati. Dah jadi satu kerja pulak nak kena investigate siapa orang dalam yang jadi dalang πŸ˜“ Dalang ni jugak yang bantu Lutello serta Lakshamana untuk melambatkan Tuah Awaras bertindak menolong Mastazadi dan akhirnya terpaksa membatalkan misi ke Mastazadi kerana dalang tersebut. Identiti pembelot tu memang plot twist. Dia akan buat kita tertanya-tanya, rasa macam dia, eh, tapi betul ke dia, tapi tak logik pulak kalau dia jadi pembelot. Hahahahah

Serangan ke arah Bustanati telah diketuai pulak oleh Radion dengan menjadikan Lakshama dan Elyun sebagai bahan experiment, sebabn Lutello masih dalam fasa 'mencari diri'. Perlawanan dan action kali ni memang non-stop. Dan experiment Radion pulak, makin lama makin mengarut hasilnya. Haish 😀 But alhamdulillah, akhirnya kemenangan di pihak yang benar πŸ‘ Ariki pun berjaya tunjukkan hasil Seni Tempur Maharaja di saat-saat terakhir dan kali terakhir πŸ˜†

Sejujurnya, agak susah jugak saya nak habiskan buku ni. Mungkin sebab terlalu penat tengok perjuangan diorang yang tak pernah habis-habis dan tak sabar nak tengok pengakhiran buku ni. Syukur, ending yang tidak mengecewakan. Dan antara scene favourite dalam cerita ni is when Lutello declared his Islam. Alhamdulillah, antara scene yang sangat satisfying, selain kemenangan Ariki dan rakan-rakannya.

As usual, buku ni memang deserve πŸ’«5/5πŸ’«. Penceritaan yang unik and sentiasa mengingatkan pertolongan Allah itu sentiasa ada. It really helps me with my current situation . Di mana ada kesusahan, InsyaAllah akan ada kesenangan πŸ’•It's been a great reading for me . Alhamdulillah.

Ok, see you again on next review ✌

Allah SWT memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu, Ariki

Comments

Popular posts from this blog

As Long As the Lemon Trees Grow πŸ‹πŸŒ³

Rahsia Danny πŸ‘¨πŸ’­

Bayang Sofea πŸ‘§πŸ§